Acer Spin 5 Dilancarkan Di Malaysia – Komputer Riba Yang Boleh Diputar 360-darjah

Acer Spin 5 Dilancarkan Di Malaysia – Komputer Riba Yang Boleh Diputar 360-darjah

Diterbitkan pada November 16, 2016 oleh .

Acer sedia mempunyai penawaran komputer riba dibawah keluarga “R” sebelum ini yang menawarkan kemudahan memutarkan skrin 360-darjah. Kini, pada tahun ini, Acer dilihat memberikan nafas baru, dan memperkenalkan nama keluarga Acer Spin untuknya.

Acer Spin 5

Salah satu produk dibawahnya, iaitu Acer Spin 5 hari ini telah dilancarkan di Malaysia, dan hadir dengan skrin 13.3-inci. Seperti sebelum-sebelum ini, ia menawarkan kebolehan memutarkan skrin pada 360-darjah, sekaligus menawarkan empat mod penggunaan berbeza.

Spin 5 ini dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i3, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 128GB SSD. Acer mengatakan Spin 5 menawarkan masa penggunaan sehingga 10 jam lamanya.

Acer Spin 5 ditawarkan di Malaysia pada harga RM2199.


TIPS & ULASAN