Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan komputer riba, Acer Malaysia turut mengambil peluang mengumumkan sebuah komputer semua-dalam-satu terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Acer Aspire C22. Menariknya mengenai komputer ini, ia menawarkan rekaan menawan dan sedikit berbeza berbanding komputer semua-dalam-satu lain di pasaran.

Acer Aspire C22

Acer Aspire C22 hadir dengan skrin 21.5-inci, dijana menggunakan cip Intel Core i3, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan sehingga 1TB.

Acer Malaysia akan menawarkan komputer semua-dalam-satu ini pada harga RM2099 di Malaysia. Ia boleh didapati daripada para pengedar rasmi Acer bermula 21 November.

img_5448

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd