Aplikasi Twitter Akhirnya Menyokong Fungsi Menapis Kata Kunci Tertentu

Aplikasi Twitter Akhirnya Menyokong Fungsi Menapis Kata Kunci Tertentu

Diterbitkan pada November 16, 2016 oleh .

Twitter ialah aplikasi pemesejan yang popular di kalangan generasi muda. Berita terkini selalunya muncul jauh lebih awal pada platform ini berbanding media sosial yang lain. Sungguhpun begitu imej Twitter tercalar kerana kegagalannya menghalang masalah pembuli atas talian dan rasisme yang melanda pengguna saban hari. Mereka akhirnya mengumumkan sokongan menapis kata kunci tertentu (mute) pada aplikasi peranti pintar mereka.

twiiter-mute-functiojn

Pengenalan fungsi ini akan dilakukan secara berperingkat. Pengguna boleh menapis hashtag dan kata-kata kesat dari muncul di susur masa mereka. Ini ialah penambahan fungsi saringan memaparkan kandungan dari individu yang pengguna ikuti yang diperkenalkan beberapa bulan yang lalu. Dengan ini mereka berharap masalah pengguna dibuli di atas talian dan dicemuh akan berkurang.

Sebagai pengguna Twitter kami telah lama mahukan fungsi yang telahpun disokong aplikasi pihak ketiga seperti Tweetdeck sejak bertahun lamanya.


TIPS & ULASAN