Cari @ Amanz

OnePlus 3T dilancarkan semalam dan seperti yang dijangka ia adalah sebuah OnePlus 3 yang diberikan kemas kini spesifikasi. Ia dilengkapi pemproses lebih berkuasa Snapdragon 821, kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri lebih besar 3400 mAh. Dengan pengenalan model baru ini terdapat ura-ura OnePlus akan menghentikan penjualan OnePlus 3.

Kepada yang masih mahu membeli OnePlus 3 anda tidak perlu risau. Pihak OnePlus menegaskan mereka tidak mempunyai perancangan untuk menghentikan penjualannya buat masa ini. Sungguhpun begitu bilakah stock terkini akan boleh dibeli oleh pengguna tidak pula diumumkan. Harga jualan juga nampaknya tidak akan dikurangkan selepas model baru diperkenalkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd