Cari @ Amanz

DJI ialah nama besar di dalam arena dron. Dron keluaran mereka dahulunya digunakan untuk riadah tetapi kini berkembang kepada penggunaan di dalam industri perfileman. DJI Inpire 2 ialah dron yang mensasarkan golongan pembikin filem dan ia dilengkapi dengan dua kamera. Kamera pertama digunakan untuk merakam video pada resolusi sehingga 5.2K dan kamera sekunder pula digunakan untuk juruterbang melihat arah penerbangan.

dji-inspire-2-3 Penambaikan turut dilakukan di mana ia kini boleh terbang pada kelajuan 108 Kilometer sejam. Tempoh penerbangan juga meningkat ke 27 minit berbanding 18 minit pada Inspire asal. Bateri yang digunakan turut dilengkapi sistem pemanasan terbina bagi membolehkan dron berfungsi pada suhu di bawah tahap beku. Harga jualan DJI Inspire 2 bermula dari $2999 (~RM 13100) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd