Microsoft Menyertai Linux Foundation

Microsoft Menyertai Linux Foundation

Diterbitkan pada November 16, 2016 oleh .

Microsoft LinuxLinux Foundation merupakan salah satu badan yang mengalakkan pertumbuhan penggunaan Linux, selain menetapkan piawaian berkaitan dengannya. Sebelum ini, kita telah sedia melihat Valve, NVIDIA, HP, Samsung, Huawei dan sebagainya menyertai Linux Foundation. Terkini, Microsoft turut menyertainya dan menjadi ahli Platinum dalam badan berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, Microsoft sebelum ini tidak begitu mengemari Linux, tetapi dibawah Satya Nadella, pelbagai perkara telah berubah. Microsoft kini telah menjadi antara penyumbang kod sumber terbuka yang besar, selain turut mengintegrasikan Ubuntu pada Windows 10.

Pengumuman hari ini semestinya mengejutkan ramai, dan mungkin dengan ini, Microsoft boleh mempromosikan Azure dengan lebih meluas lagi.


TIPS & ULASAN