Microsoft Mengumumkan Visual Studio Untuk Mac Dalam Bentuk Preview

Microsoft Mengumumkan Visual Studio Untuk Mac Dalam Bentuk Preview

Diterbitkan pada November 16, 2016 oleh .

Beberapa hari lepas, kita telah melihat berita mengenai Visual Studio untuk Mac tertiris, dan hari ini pada acara Microsoft Connect, gergasi perkomputeran berkenaan secara rasminya mengumumkan penawaran Visual Studio untuk Mac dalam versi Preview.

Visual Studio

Visual Studio untuk Mac ini dijayakan melalui penggunaan teknologi daripada Xamarin – yang telah diambil-alih oleh Microsoft sebelum ini. Melaluinya, ia menawarkan kemudahan untuk para pembangun membangunkan pelbagai perkara terus pada Mac – dan tidak lagi perlu menggunakan sistem operasi maya, Windows pada Mac.

Bersama-sama pengumuman tersebut, Microsoft juga turut mengumumkan Visual Studio 2017 dengan sejumlah ciri-ciri baru.

Bagi anda yang terlibat dengan pembangunan, mungkin boleh mendapatkan Visual Studio untuk Mac, dan mula membangunkan aplikasi untuk platform Windows, macOS, iOS mahupun Android.

Muat-Turun Visual Studio untuk Mac


TIPS & ULASAN