Cari @ Amanz

Seagate Hadir Dengan Cakera Keras Mudah-Alih Dengan Storan Sebesar 5TB

Oleh Aman

Link Copied!

Seagate merupakan nama yang tidak asing lagi dalam penawaran cakera keras mudah-alih atau cakera keras dalaman. Terkini, mereka telah mengumumkan penawaran terbaru mereka dibawah keluarga Seagate Backup Plus Portable dengan ruangan storan sehingga 5TB.

Seagate 5TB

Cakera keras luaran ini hadir dengan sokongan pemindahan data pada kelajuan mencapai 120MB/s, dan dihubungkan melalui USB 3.0. Walaupun menawarkan ruangan storan besar, tetapi seperti kebanyakkan cakera keras mudah-alih lain, ia tidak memerlukan sebarang kuasa tambahan untuk beroperasi.

Seagate mengatakan penawaran terbaru mereka ini adalah cakera keras mudah-alih dengan storan paling besar di dunia. Seagate bakal menjualnya pada harga $189.99 (~RM834) apabila ia dipasarkan kelak.


Komen ()