Cari @ Amanz

Steam VR merupakan platform realiti-maya daripada Valve, yang digunakan oleh HTC Vive. Hari ini, Google telah melancarkan sebuah aplikasi atau perisian khusus untuknya, iaitu Google Earth VR.

Google Earth VR

Seperti pada namanya, ia menawarkan pengalaman penggunaan Google Earth dalam realiti-maya. Pengguna boleh memilih lokasi yang ingin dituju, dan melihat sekeliling mereka dalam arena realiti-maya.

Sekiranya anda mempunyai HTC Vive (walaupun belum dilancarkan secara rasminya di Malaysia), mungkin anda boleh mencuba Google Earth VR yang ditawarkan secara percuma ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd