Cari @ Amanz

Selfie ialah trend yang digemari manusia narsis yang percaya dengan kecantikan wajah mereka. Fenomena ini menyebabkan semakin banyak peranti mesra selfie dihasilkan seperti Oppo F1 Plus dan Vivo X9 yang mempunyai dwi-kamera selfie. Dalam kegilaan mendapatkan selfie terbaik ramai yang lupa akan bahaya yang mungkin menimpa. Kajian telahpun dilakukan tentang kematian akibat selfie dan India merajai dunia dengan 76 kes kematian.

selfie-kematian-1Kajian selama dua tahun ini dilakukan oleh Carnegie Mellon University dan Indraprastha Institute of Information Delhi. Selepas India, Pakistan di tempat kedua dengan 9 kematian diikuti oleh Amerika Syarikat (8) , Russia (6) dan Fiilipina/China (4). Kaum lelaki mencatatkan kematian lebih tinggi berbanding wanita dan majoriti mangsa adalah di bawah umur 24 tahun.

Kerajaan India menyedari masalah kematian ketika selfie ini dan telahpun mewartakan beberapa kawasan pelancongan sebagai zon bebas selfie. Ketika upacara agama Kumbh Mela tahun lalu, pengambilan selfie dilarang kerana boleh menyebabkan kesesakan yang boleh menjurus kepada kematian.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd