Coca Cola Menghasilkan Kamera Selfie Untuk Botol Air Mereka

Coca Cola Menghasilkan Kamera Selfie Untuk Botol Air Mereka

Diterbitkan pada November 17, 2016 oleh .

Kayu selfie ialah idea gila Hiroshi Ueda seorang pencipta yang berasal dari Jepun. Beliau mendapati sukar untuk mengambil gambar ketika bercuti bersama keluarga di Jepun. Beliau mencipta kayu selfie pertama yang boleh digunakan bersama kamera kompak analog biasa. Berpuluh tahun selepas ciptaan beliau dilupakan, kayu selfie menjadi aksesori perlu milik pada tahun 2015. Kini Coca Cola menghasilkan inovasi terkini dengan terciptanya Coca Cola Selfie Bottle, sebuah kamera selfie untuk botol air.

coca-cola-selfie-bottle-1

Kamera selfie ini dipasang pada bahagian bawah botol Coca Cola. Apabila ia mengesan botol berputar 70 darjah, gambar akan diambil secara automatik sekaligus menghasilkan selfie Coca Cola. Kamera ini dihasilkan sempena kempen Summer of Love untuk Coca Cola Israel. Gambar yang diambil akan kemudian dimuat naik ke akaun Snapchat dan Facebook rasmi mereka. Ia mendapat sambutan hangat dan Coca Cola bercadang menggunakan kamera selfie ini untuk mempromosikan jenama mereka di pasaran lain.


TIPS & ULASAN