Monitor Wacom Cintiq Pro 16 Dan Cintiq Pro 13 Dilancarkan Untuk Pengguna Profesional
Artikel Berkaitan

Monitor Wacom Cintiq Pro 16 Dan Cintiq Pro 13 Dilancarkan Untuk Pengguna Profesional

Diterbitkan pada November 17, 2016 oleh .

Teknologi tablet melukis Wacom sudah digunakan oleh peranti Galaxy Note sejak 2010. Stylus tanpa bateri mereka mempunyai tahap keperincian tertinggi di pasaran sekarang. Bagi golongan artis digital profesional, tablet melukis Wacom ialah alat yang harus dimiliki. Wacom baru sahaja melancarkan dua monitor baru Wacom Cintiq Pro 16 dan Pro 13 untuk kegunaan mereka.

wacom-cintiq-pro-13-1

Cintiq Pro 16 mempunyai skrin 15.6″ dengan resolusi UHD. Cintiq Pro 13 pula mempunyai skrin 13.3″ dengan resolusi HD penuh. Kedua-dua hadir dengan stylus Wacom Pro Pen 2 dan tetongkat pada panel belakang untuk keselesaan ketika melakar. Harga jualan Cintiq Pro 16 ialah $1499.95 (~RM 6540) manakala untuk Pro 13 pula ialah $999.95 (~RM 4360).

wacom-cintiq-pro-13-2


TIPS & ULASAN