XB-1 – Prototaip Mini Untuk Pesawat Penumpang Supersonik Boom Dilancarkan

XB-1 – Prototaip Mini Untuk Pesawat Penumpang Supersonik Boom Dilancarkan

Diterbitkan pada November 17, 2016 oleh .

Pesawat penumpang supersonik komersial Concorde melakukan penerbangan terakhirnya pada tahun 2003 selepas beroperasi sejak 1976. Beberapa pesawat pesaing seperti Tupelov Tu-144 dan Boeing 2707 tidak berjaya merealisasikan impian pesawat supersonik digunakan secara meluas. Faktor kos yang tinggi adalah penyebab kepupusan pesawat penumpang supersonik dari ruang udara. Boom ialah pesawat penumpang supersonik yang mampu membawa 55 orang penumpang.

boom-xb-2

Boom Technology, syarikat yang membangunkan projek ini memperlihatkan pesawat prototaip XB-1. Sungguhpun lebih kecil berbanding Boom, rekaan yang digunakan adalah serupa bagi mengumpul data penerbangan sebelum pesawat pada skala sebenar dihasilkan. Seperti Boom sebenar, XB-1 dilengkapi tiga enjin jet bagi memastikan kestabilan apabila bergerak pada kelajuan melebihi Mach 2.2 (2335 Km/j). Pengguna bahan komposit akan mengurangkan berat pesawat dan apabila digabungkan dengan rekaan baru mensasarkan penjimatan minyak sehingga 30% berbanding Concorde.

Boom Technology berharap ujian pertama ke atas XB-1 akan dapat dilakukan pada penghujung 2017 dan pesawat sebenar beroperasi seawal 2023. Virgin Galactic yang dimiliki Sir Richard Branson diberikan pilihan untuk membeli 10 pesawat pertama yang dikeluarkan. Dengan Boom perjalana dari Sydney ke LA hanya mengambil masa sekitar 7 jam berbanding 14 jam sekarang. Boom mensasarkan golongan peniaga dan eleit yang tidak mahu menghabiskan masa yang lamauntuk tiba ke destinasi.

boom-supersonic-2


TIPS & ULASAN