ASWARA Menerbitkan Buku Sejarah Animasi Tempatan – From Mouse Deer to Mouse

ASWARA Menerbitkan Buku Sejarah Animasi Tempatan – From Mouse Deer to Mouse

Diterbitkan pada November 17, 2016 oleh .

Anda mungkin lebih kenal Upin & Ipin, Boboiboy, Didi & Friends dan pelbagai lagi animasi terkini yang disiarkan namun tahukah anda animasi tempatan sebenarnya sudah bertapak lama. Dalam menyingkap sejarah animasi tempatan, ASWARA telah menerbitkan buku From Mouse Deer to Mouse hasil nukilan Hassan Abd Mutalib.

Nama tersebut diungkap dari animasi pertama tempatan yang disiarkan menerusi televisyen iaitu siri Sang Kancil (Mouse Deer). Animasi yang disiarkan pada stesen televisyen tempatan ini cukup popular sewaktu tahun 1990-an. Teknologi animasi dari lukisan dan proses manual berubah menggunakan digital menggunakan tetikus (Mouse) diletakkan sebagai tajuk utama buku ini.

mouse-deer-to-mouse-img_5569

Buku ini berkisar mengenai perjuangan industri animasi tempatan, dari cabaran yang dihadapi sehinggalah kepada pencapaian yang dibanggakan. Perkembangan industri animasi sehingga ke masa kini didokumenkan oleh Hassan Abd Mutalib, salah seorang animator, penulis dan pengarah yang telah berkecimpung lama didalam industri animasi tempatan dan antara karyanya adalah siri animasi Sang Kancil.

Buku yang ditulis didalam Bahasa Inggeris ini telah diterbitkan oleh ASWARA, dan dicetak didalam kuantiti terhad. Sebanyak 1000 naskah dijual pada harga RM 120 dan boleh didapati di pelbagai kedai buku.


TIPS & ULASAN