Cari @ Amanz

Hotlink merupakan penawaran pelan prabayar daripada Maxis. Sebelum ini, Hotlink menjadi terawal menawarkan data pada kelajuan 64kbps secara percuma untuk pelanggan Hotlink, dan turut telah memperkenalkan pelan Hotlink Fast yang menawarkan data 8GB secara percuma untuk digunakan pada hari Sabtu dan Ahad.

Hotlink Baru

Terkini, Maxis turut hadir dengan penambahan baru, iaitu menawarkan data tambahan khusus untuk YouTube, selain turut hadir dengan minit panggilan percuma sebanyak 100 minit sekiranya pelanggan Hotlink melanggan pakej bulanan RM50.

Melalui pakej RM50 ini, pengguna akan menerima :

  • 5GB data untuk digunakan pada sebarang masa
  • 100 minit panggilan percuma untuk semua rangkaian.
  • 4GB percuma untuk YouTube. Perlu dial *868# untuk mengaktifkannya.
  • 8GB percuma (sebulan) untuk penghujung minggu – Sabtu dan Ahad

Hotlink Baru

Bersama kemaskini untuk pelan RM50, pelan RM38 dengan 3GB data dan juga RM30 dengan 2GB data juga kini hadir dengan penawaran kuota percuma untuk YouTube sebanyak 4GB.

Untuk menikmati pelan ini, pengguna terlebih dahulu perlu mengaktifkan pelan Hotlink Fast dengan mendail *100# dan memilih untuk menaik-taraf ke pelan Hotlink 4G Fast Plan. Seterusnya, anda boleh menikmati pelbagai penawaran baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd