Amazon Mencabar Netflix Dengan Membawa Perkhidmatan Video Ke Global

Amazon Mencabar Netflix Dengan Membawa Perkhidmatan Video Ke Global

Diterbitkan pada November 18, 2016.

Amazon kini dalam perancangan untuk membawa perkhidmatan penstriman video mereka ke seluruh dunia, dan mencabar Netflix, salah satu perkhidmatan penstriman video popular.

Amazon VideoAmazon buat masa ini menawarkan perkhidmatan video mereka dibeberapa buah negara sahaja, dan berkongsi perancangan membawa penawaran mereka ke tahap global melalui video “The Grand Tour”. Melalui video berkenaan, mereka mengatakan “Pada Disember, rancangan ini akan diakses di 200 buah negara seluruh dunia secara eksklusif di Amazon”. CEO Amazon, Jeff Bezos juga mengumumkan perancangan serupa di Twitter.

Amazon merupaka salah satu perkhidmatan jual beli barangan atas-talian terbesar di dunia, dan telah menghabiskan berbilion ringgit dalam melesenkan kandungan dan menghasilkan kandungan mereka tersendiri.

Penawaran perkhidmatan video daripada Amazon ini akan menjadi pencabar terbesar untuk Netflix – yang kini beroperasi di lebih 190 buah negara, setelah memperluaskannya pada awal Januari 2016 ini.

Untuk menawarkan perkhidmatan video mereka di seluruh dunia, Amazon perlu mendapatkan hak global untuknya. Amazon dikatakan telah mula mendapatkan hak berkaitan pada tahun ini, sekaligus memberikan petanda untuk memperluaskan perkhidmatan mereka.

Menawarkan kandungan yang diterbitkan sendiri pada peringkat global merupakan salah satu perkara yang sedia dijangka, tetapi untuk mendapatkan hak pengedaran global, ia akan menelan belanja yang tinggi.


TIPS & ULASAN