Cari @ Amanz

Kewujudan tandas ialah sesuatu yang dipandang remeh di Malaysia. Majoriti rakyat negara bertuah ini mempunyai tandas dengan bekalan air terawat di rumah. Situasi ini berbeza di India dengan anggaran 60% daripada 1.2 Billion penduduk India tidak mempunyai akses kepada tandas. Oleh itu melihat insan membuang air kecil dan besar di merata tempat ialah pemandangan biasa di sana.

Kementerian Pembangunan Bandar India dan Google Map telah bekerjasama bagi menunjukkan lokasi tandas awam terdekat. Akses kepada peranti pintar adalah jauh lebih tinggi berbanding kepada tandas. Oleh itu dengan menggunakan Google Map insan yang memerlukan tandas dapat mencarinya dengan pantas. Sekaligus masalah najis manusia yang bertaburan dapat diselesaikan.

Lokasi tandas boleh ditambah dan ulasan tentang kebersihannya boleh dilakukan oleh pengguna. Lokasi tandas boleh dicari di New Delhi buat masa ini dengan perancangan mengembangkannya secara berperingkat ke seluruh India.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd