Cari @ Amanz

Laporan pagi ini pasti mendatangkan sedikit kontroversi di kalang pengguna peranti iOS. Menurut laporan Blancco Technlogy Group, peranti iOS lebih kerap mengalami kegagalan berfungsi berbanding Android pada suku ketiga 2016. Menurut mereka kadar kegagalan berfungsi berlaku sebanyak 64% pada iOS berbanding 47% pada Android.

blancco-ios-android-2016-1Masalah yang dilaporkan berkait rapat dengan kemas kini ke iOS 10. Peranti paling bermasalah ialah iPhone 6 dengan 13% diikuti oleh 5S (9%) , 6S (9%), 6 Plus (5%) dan 6S Plus (4%), Untuk Android pula peranti paling bermasalah ialah LeEco Le 2 (13%), Xiaomi Redmi 3S (9%) , Xiaomi Redmi Note 3 (9%), Samsung Galaxy S7 Egde (5%) dan Lenovo Vibe K5 Note (4%).

blancco-ios-android-q3-2016009Tiga aplikasi paling bermasalah pada iOS pula ialah Instagram, Snapchat dan Facebook. Pada Android pula ialah IMS Service, buku alamat dan Google Play Services. Bagaimana pula di kalangan pembaca Amanz? Adakah anda kerap mengalami masalah dengan peranti pintar yang dimiliki. Sekiranya ya apakah sumber masalah tersebut?

blancco-ios-android-q3-2016006

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd