Moto Mods Mophie Membekalkan Bateri Tambahan Sebesar 3000 mAh

Moto Mods Mophie Membekalkan Bateri Tambahan Sebesar 3000 mAh

Diterbitkan pada November 18, 2016 oleh .

Lenovo Moto Z dan Z Play kedua-duanya menyokong penggunaan aksesori modular Moto Mods. Bagi yang memerlukan kuasa tambahan, Moto Mods Incipio offGRID menambah kapasiti bateri sebanyak 2220 mAh. Sekiranya anda mahukan kapasiti lebih besar, Mophie baru sahaja melancarkan Moto Mods bateri mereka dengan kapasiti 3000 mAh.

mophie-juice-pack-moto-mods-2

Rekaan Mophie Juice Pack Battery Mod adalah sama seperti yang dihasilkan oleh Incipio. Perbezaan ialah ianya lebih tebal dengan lampu LED jumlah pengecasan bateri yang tinggal pada panel belakang. Ia juga boleh dicas terus dari pengecas tidak seperti Incipio offGRID yang memerlukannya disambung kepada tubuh Moto Z dan Z Play. Harga bateri tambahan Mophie ini ialah $79.99 (~RM 352) sebuah.


TIPS & ULASAN