Cari @ Amanz

Hill Climb Racing merupakan salah satu permainan kasual yang diminati oleh saya, disebabkan oleh kaedah permainan yang mudah, selain mencabar memandangkan ia mengambil kira kesan fizik ketika membawa kenderaan mendaki dan menuruni bukit. Terkini, pembangun permainan berkenaan dalam perancangan untuk memperkenalkan versi generasi kedua permainan berkenaan.

Hill Climb

Dinamakan sebagai Hill Climb Racing 2, ia bakal hadir untuk Android dan iOS pada penghujung bulan November 2016 ini. Salah satu ciri utama pada permainan ini kelak adalah kebolehan memainkan permainan ini secara atas-talian – sekaligus membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan lain. Disamping itu, ia juga turut menawarkan kebolehan mengubah paparan watak mengikut citarasa pengguna.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh tandakan kalendar anda untuk 28 November ini, dan memuat-turunnya secara percuma di Android dan dan pada bulan Disember di iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd