Steam VR Akan Hadir Ke Linux Dan macOS Dalam “Beberapa Bulan”

Steam VR Akan Hadir Ke Linux Dan macOS Dalam “Beberapa Bulan”

Diterbitkan pada November 18, 2016 oleh .

Steam VR merupakan platform realiti-maya daripada Steam yang ditawarkan untuk sistem operasi Windows, dan digunakan bersama peranti seperti HTC Vive. Terkini, pihak Valve berkongsi mengatakan mereka turut menawarkan platform realiti-maya mereka untuk Linux dan macOS.

HTC Re Vive

Perkara ini mungkin dijangka oleh orang ramai, memandangkan Valve sering menawarkan perisian mereka untuk pelbagai platform. Sebelum ini, Steam sedia ditawarkan untuk Windows, mac dan Linux.

Pihak Valve buat masa ini sekadar mengatakan ia bakal hadir dalam beberapa bulan lagi, tetapi tidak mengumumkan sebarang tarikh rasmi.


TIPS & ULASAN