Toyota Mengesahkan Pembangunan Kenderaan Elektrik

Toyota Mengesahkan Pembangunan Kenderaan Elektrik

Diterbitkan pada November 18, 2016 oleh .

Toyota merupakan nama yang tidak asing dalam pengeluaran kenderaan hibrid. Terkini, dengan lebih ramai menyertai pengeluaran kenderaan elektrik, Toyota turut mengumumkan penubuhan sebuah syarikat usahasama dalam syarikat mereka yang memfokuskan kepada pembangunan kenderaan elektrik.

Syarikat usahasama ini terdiri dengan empat pekerja buat masa ini, dimana setiap satu hadir daripada bahagian dan organisasi berbeza – termasuk Toyota Industries Corporation, Aisin Seiki Co Ltd, Denso Corporation dan juga TMC Independent.

Dengannya, mereka akan menggunakan pelbagai kepakaran daripada kumpulan Toyota dalam membangunkan kenderaan elektrik. Dengan kumpulan pekerja yang kecil ini, Toyota mengharapkan mereka dapat memperlajukan proses dan memberikan kebebasan untuk mereka hadir dengan produk baru untuk dipasarkan.

Toyota mengatakan syarikat usahasama yang beroperasi dalam Toyota ini akan dilancarkan secara rasmi pada Disember 2016 ini.


TIPS & ULASAN