Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan Paint 3D sebagai sebahagian aplikasi baru untuk Windows 10 Creators Update kelak. Dan kini, sebagai percubaan terbaru untuk pengguna Windows Insider, pihak Microsoft telah pun mengintegrasikan Paint 3D bersama-sama versi pembangunan sistem operasi mereka.

Paint 3D merupakan kemaskini terkini yang dibawakan oleh Microsoft untuk perisian popular Windows berkenaan. Kini, selain hanya membuat lakaran biasa, pengguna turut boleh hadir dengan model 3D menggunakan Paint 3D. Disamping itu, pengguna turut boleh memperlihatkan hasil kerja mereka, mahupun mendapatkan sumber insipirasi dan model-model rekaan baru untuk disuntin melalui laman komuniti Remix 3D.

Hasil daripada Paint 3D juga turut boleh digunakan untuk dicetak menggunakan pencetak 3D.

Pengguna Windows Insider yang melanggan kepada saluran Fast Ring akan menerima kemaskini terbaru Windows 10 Preview (14971) yang menyertakan sokongan Paint 3D ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd