Huawei Mate 9 Lite Dilancarkan Dengan Pemproses Kirin 655

Huawei Mate 9 Lite Dilancarkan Dengan Pemproses Kirin 655

Diterbitkan pada November 19, 2016 oleh .

Huawei Mate 9 dilancarkan beberapa minggu yang lalu dan bakal dijual di Malaysia pada harga bermula RM 2699. Harga jualan ini menjadikannya kurang mampu milik. Oleh itu Huawei Mate 9 Lite dilancarkan secara rasmi semalam. Mate 9 Lite mempunyai skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh, pemproses HiSilicon Kirin 655, RAM 3/4 Gigabyte dan storan 32/64 Gigabyte.

huawei-mate-9-lite-3Sistem dwi-kamera dikekalkan tetapi dengan gabungan sensor 12 + 2 Megapixel tanpa penjenamaan Leica. Kamera selfie pula sebesar 8-Megapixel. Bateri sebesar 3340 mAh digunakan dan ini juga lebih kecil berbanding 4000 mAH pada Mate 9. Ia juga masih menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar EMUI 4.1. Harga jualannya masih belum diumumkan setakat ini.

huawei-mate-9-lite-2


TIPS & ULASAN