Cari @ Amanz

YouTube ialah televisyen bagi kanak-kanak moden. Mereka lebih kerap menonton video menerusi laman ini berbanding TV sebenar kerana terdapat berjuta pilihan. YouTube Kids dilancarkan bagi memastikan hanya kandungan selamat akan dapat ditonton oleh golongan kanak-kanak. Masalah secara tidak sengaja tertonton video Julia Perez dapat dielakkan.

youtube-kids-block-video-2Aplikasi YouTube Kids dikemas kini dengan tambahan fungsi yang diminta oleh golongan ibu bapa. Mereka kini boleh menghalang akses kepada video dan saluran tertentu. Sebagai contoh anda mungkin tidak mahu anak berusia 2 tahun melihat video Let It Go Disney berulang-ulang.

Dengan fungsi halangan video ini tidak akan dapat diakses lagi. Video dan saluran yang dihalang boleh diakses semula oleh anak-anak hanya selepas dibenarkan oleh ibu bapa. Muat turun kemas YouTube Kids melalui pautan di bawah.

[download} Muat turun aplikasi YouTube Kids di Google Play Store [/download]

[download} Muat turun aplikasi YouTube Kids di Apple App Store [/download]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd