Cari @ Amanz

Kesedaran dalam pemakaian topi keledar di kalangan penunggang basikal di Malaysia masih lagi di tahap rendah. Ramai seperti masih belum menyedari kecederaan serius dan maut boleh menimpa sekiranya terjatuh ketika menunggang pada kelajuan hanya 40 kilometer sejam. Alasan yang diberikan ialah topi keledar sukar dibawa kerana memerlukan ruang simpanan yang besar.

eco-helmet-dyson-1Eco Helmet rekaan Isis Shiffer ialah jawapan kepada masalah ini dan lambakan polisterin yang digunakan untuk menghasilkan topi keledar. Ia diperbuat daripada kertas dan boleh dilipat untuk dimasukkan ke dalam beg tangan. Paling menarik kos untuk menghasilkannya hanya sekitar $5 (~ RM 22) sebuah.

Rekaan kompak dan murah Eco Helmet telah diumumkan sebagai pemenang anugerah James Dyson 2016. Dengan kemenangan ini Isis Shiffer menerima dana berjumlah £30000 (~RM 164000 )untuk menghasilkan produk sebenar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd