REMOD – Tali Modular Untuk Pelbagai Model Jam Tangan Pintar

REMOD – Tali Modular Untuk Pelbagai Model Jam Tangan Pintar

Diterbitkan pada November 19, 2016 oleh .

Pilihan dan rekaan tali untuk jam tangan pintar adalah amat terhad. Bagi mereka yang mahukan pilihan rekaan, REMOD ialah tali jam modular yang membolehkan kustomasi dilakukan dengan pantas. Melalui sistem REMOD, tali jam boleh diputar dan bersambung secara magnetik. Menarik sekali REMOD menyokong puluhan model jam tangan pintar yang telah dijual di pasaran sekarang.

remod-tali-jam-3

Sistem REMOD ini direka oleh Jason Lim, pereka tempatan yang berasal dari Pulau Pinang. Sistem modular membolehkan sebuah jam tangan pintar mempunyai ribuan kombinasi gaya. Pilihan saiz tali yang diberikan ialah 18, 20 dan 22 mm. Antara model jam yang disokong ialah Apple Watch, Fitbit Blaze, Pebble 2, Moto 360 dan Gear S3. Tali jam ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh ditempah pada harga bermula £45 (RM 250) seutas.

remod-tali-jam-2


TIPS & ULASAN