Floppy Disc – Power Bank Berbentuk Cakera Liut

Floppy Disc – Power Bank Berbentuk Cakera Liut

Diterbitkan pada November 19, 2016 oleh .

Di hujung minggu kami gemar memaparkan berita yang lebih ringan berbanding hari-hari biasa. Hari ini mari lihat sebuah power bank dengan rekaan yang unik. Floppy Disc ialah seperti anda dapat teka dari namanya ialah sebuah power bank yang kelihatan seperti sebuah cakera liut.

floppy-disc-power-bank-2Ia dilengkapi bateri sebesar 2500 mAh dengan satu sambungan USB-A.  Ia kemudian boleh dicas semula menggunakan kabel MikroUSB. Malang sekali kepada yang berminat power bank rekaan medium simpanan data klasik ini dijual pada harga masih belum diumumkan. Pengecasan pantas juga tidak disokong kerana mengecas pada 5V 1A.


TIPS & ULASAN