AirDroid 4 Kini Sedia Dimuat-Turun – Memudahkan Lagi Proses Memindahkan Fail Ke Peranti Lain

AirDroid 4 Kini Sedia Dimuat-Turun – Memudahkan Lagi Proses Memindahkan Fail Ke Peranti Lain

Diterbitkan pada November 20, 2016 oleh .

AirDroid merupakan salah satu aplikasi dan perisian yang ditawarkan kepada pengguna peranti Android dalam usaha memudahkan mereka memindahkan fail ke peranti lain – seperti ke komputer. Disamping itu, anda juga turut boleh mengakses notifikasi seperti panggilan, SMS dan sebagainya ke komputer yang dihubungkan dengan AirDroid ini.

AirDroid

Terkini, pembangunnya telah mengeluarkan AirDroid 4, yang hadir dengan kemaskini antaramuka, selain penambah-baikkan beberapa fungsi baru.

Salah satu yang menjadi fokus adalah fungsi Nearby, dimana kini anda boleh membuat imbasan pengguna AirDroid sekitar anda, dan memindahkan fail dengan mudah – walaupun tanpa sambungan internet.

AirDroid

Disamping itu, AirDroid 4 kini memberikan lebih kawalan, termasuk anda boleh menetapkan sama ada notifikasi seperti panggilan dan SMS perlu diperlihatkan ke komputer anda ataupun sebaliknya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun AirDroid 4 hari ini, dan mencubanya sendiri pada telefon dan komputer anda.

Muat-Turun AirDroid


TIPS & ULASAN