Zorin OS 12 Membawakan Sistem Operasi Dengan Antaramuka Seakan Windows 10

Zorin OS 12 Membawakan Sistem Operasi Dengan Antaramuka Seakan Windows 10

Diterbitkan pada November 21, 2016 oleh .

Dalam dunia sistem operasi berasaskan Linux, terdapat pelbagai variasi dibawahnya. Salah satunya adalah Zorin OS. Terkini, pembangunnya telah hadir dengan versi terkini sistem operasi berkenaan, iaitu Zorin OS 12.

Zorin OS hadir berasaskan kepada sistem operasi Ubuntu, tetapi ia menawarkan antaramuka seakan sistem operasi Windows. Dengannya, ia membolehkan pengguna sistem operasi Windows sedia ada untuk beralih ke Linux dengan mudah, sebelum mencuba beberapa variasi yang lain.

Zorin OS 12

Menurut pembangunnya, melalui Zorin OS 12 ini, mereka menyertakan sejumlah kemaskini baru dari segi antaramuka, selain turut mengintegrasikan sistem operasi ini dengan beberapa perisian terkini. Ia turut menyertakan sokongan integrasi Google Photos dan Google Drive bagi memudahkan lagi anda mengakses fail dan storan dari awan.

Pengguna yang berminat boleh mencuba Zorin OS 12 ini hari ini. Ia hadir dalam dua versi, dan versi percuma adalah Zorin OS 12 Core.

Muat-Turun Zorin OS


TIPS & ULASAN