Cari @ Amanz

Symantec Corp, salah satu syarikat sekuriti siber terbesar di dunia, telah bersetuju untuk membeli LifeLock Inc pada harga $2.3 bilion (termasuk hutang) untuk memperluaskan perkhidmatan dalam keselamatan dan perlindungan identiti.

LifeLock

Symantec yang terkenal dengan perisian antivirus Norton telah dalam usaha menstruktur kembali perniagaan dengan fokus terhadap sekuriti siber. Sebelum ini, mereka telah mengambil-alih Blue Coat Inc pada nilai $4.65 bilion, selain menjual bahagian storan data Veritas mereka pada nilai $7.4 bilion.

“Dengan kombinasi Norton dan LifeLock, kami akan dapat menawrkan perlindungan siber yang menyeluruh kepada pengguna,” menurut CEO Symantec, Greg Clark. “Pengambil-alihan ini juga memperlihatkan transformasi industri sekuriti pengguna daripada perlindungan malware kepada kategori keselamatan digital untuk pengguna”.

LifeLock menawarkan pelbagai perkhidmatan perlindungan identiti untuk pengguna dan perniagaan kecil, termasuk pemantauan dan perlindungan kredit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd