Microsoft sebelum ini telah berkongsi mengenai Windows 10 Creators Update yang akan datang pada 2017 kelak, dimana bersama-sama dengannya, sejumlah pengeluar komputer akan turut hadir dengan set realiti-maya khusus untuk Windows 10. Beberapa pengeluar telah menyatakan sokongan, termasuk antaranya adalah seperti Asus, Acer, Dell, Lenovo dan HP.
Lanjutan daripada pengumuman tersebut beberapa minggu lepas, kini Microsoft berkongsi mengenai spesifikasi asas yang diperlukan oleh komputer untuk menjalankan aplikasi dan kandungan realiti-maya.
Microsoft menetapkan spesifikasi minimum seperti terdapat pada kebanyakkan komputer masa kini, iaitu:
- Memori sekurang-kurangnya 4GB RAM
- USB 3.0
- Kad grafik dengan sokongan DirectX 12
- Cip pemprosesan 4-teras, dengan dua teras menyokong hyperhreading
https://www.youtube.com/watch?v=Gu09UWqS8-Q
Dengan spesifikasi minimum ini, ia sekaligus membolehkan pengguna hanya perlu mendapatkan set realiti-maya sahaja dan tidak perlu risau akan keperluan untuk menaik-taraf komponen dan sebagainya.
Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenai arena realiti-maya ini pada sebuah acara yang dijadualkan pada bulan Disember 2016 ini.