Motorola Akan Mula Memperkenalkan Kemaskini Android 7.0 Nougat Untuk Moto Z Bermula Minggu Ini

Motorola Akan Mula Memperkenalkan Kemaskini Android 7.0 Nougat Untuk Moto Z Bermula Minggu Ini

Diterbitkan pada November 22, 2016 oleh .

Moto Z baru sahaja dilancarkan di Malaysia beberapa minggu lepas, dan berita gembira untuk anda. Hari ini, Motorola telah mengumumkan mereka akan mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk pengguna Moto Z secara berperingkat bermula daripada minggu ini.

Pengenalan kemaskini ini biasanya dilakukan secara berperingkat mengikut negara. Ia kadang-kala akan mengambil masa beberapa minggu, tetapi ada kalanya akan mengambil masa beberapa bulan.

Moto Z Daydream

Melalui kemaskini Android 7.0 Nougat, sejumlah fungsi baru akan disertakan, dan salah satunya adalah sokongan untuk platform realiti-maya Google, iaitu DayDream.

Moto Z akan menyokong DayDream dengan kemaskini ini, dan pengguna mungkin perlu mendapatkan set realiti-maya mereka tersendiri untuk menikmatinya.

Selain daripada itu, ia juga akan menyertakan fungsi baru lain pada Nougat. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan kemaskini Nougat untuk Moto Z di Malaysia.


TIPS & ULASAN