Shopee: Pengguna Tempatan Lebih Kerap Membeli Menggunakan Peranti Mudah-Alih Berbanding PC

Shopee: Pengguna Tempatan Lebih Kerap Membeli Menggunakan Peranti Mudah-Alih Berbanding PC

Diterbitkan pada November 22, 2016 oleh .

Pelbagai aplikasi yang memudahkan pembelian barangan dilakukan menerusi telefon pintar. Shopee, salah satu aplikasi jual-beli yang popular di rantau ini baru beroperasi selama setahun di negara ini dan mereka berkongsi sedikit sebanyak mengenai penemuan mereka dalam arena ini.

Shopee membawakan sedikit perbezaan didalam proses jual-beli atas talian, dimana pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka dapat berkomunikasi secara terus dengan pelanggan. Sebanyak 65% pembeli mereka akan menanyakan sesuatu kepada penjual berkenaan produk tersebut, mahupun bagi melihat sama ada penjual tersebut boleh dipercayai atau sebaliknya.

Shopee -IMG_2815

shopee-1-yr-img_6581

Salah satu penemuan menarik adalah pengguna lelaki kerap bersembang dengan penjual, sama seperti pengguna wanita. Akan tetapi pengguna wanita lebih kerap menggunakan fungsi ‘Make An Offer’ untuk tawar-menawar harga bersama penjual, salah satu perkara yang tidak kerap dilakukan oleh pengguna lelaki.

Penggunaan peranti mudah-alih dilihat sebagai salah satu saluran utama pembelian dilakukan. Kebanyakan pengguna akan menggunakan komputer untuk melihat dan melakukan perbandingan, namun 65% pembelian berlaku menerusi peranti mudah-alih.

shopee-1-yr-img_6575 shopee-1-yr-img_6559

Satu lagi tabiat pengguna tempatan adalah mereka menggunakan aplikasi ini pada sebahagian waktu bekerja. Waktu puncak penggunaan aplikasi Shopee adalah sewaktu 1PM-4PM, dan 8PM-11PM. Dan kebanyakkan mereka menggunakan aplikasi tersebut lebih dari 20 minit.

Sempena sambutan ulangtahun pertama mereka, Shopee bakal menawarkan promosi baik menerusi aplikasi mereka, mahupun beberapa aktiviti disekitar Kuala Lumpur. Promosi ini akan berlangsung dari 1 hingga 12 Disember dan pelbagai barangan dan perkhidmatan akan ditawarkan pada harga menarik.

Layari: Shopee Malaysia

Muat-turun: Aplikasi Shopee (iOS)

Muat-turun: Aplikasi Shopee (Android)


TIPS & ULASAN