Cari @ Amanz

Sehingga kini, terdapat beberapa versi Android di pasaran, dan paling terkini adalah Android 7.0 Nougat. Dengan perkembangan baru, ia membawa kepada beberapa kekangan untuk peranti atau platform lama diteruskan sokongan – membuatkan sejumlah platform kebiasaannya ditamatkan sokongan.

Terkini, Google mengumumkan Google Play services akan ditamatkan sokongan untuk Android 2.3 Gingerbread dan Android 3.0 Honeycomb pada kemaskini Google Play Services 10.0.

Penamatan sokongan ini mungkin telah sedia dijangka, apatah lagi dengan Gingerbread yang kini digunakan sekitar 1.3% peranti Android aktif seluruh dunia dan sistem operasi tersebut sendiri telah sekitar lebih 5 tahun.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih mempunyai peranti Gingerbread, ia masih boleh digunakan seperti biasa, cuma anda mungkin tidak akan menerima kemaskini baru lagi untuk aplikasi mahupun sekuriti peranti berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd