Carian
HTC
HTC Bolt Dilancarkan Sebagai HTC 10 Evo Untuk Pasaran Global
November 22, 2016 Aman

HTC telah memperkenalkan HTC Bolt beberapa minggu lepas, dan hari ini HTC telah melancarkan peranti berkenaan untuk pasaran global dibawah nama HTC 10 Evo. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

HTC 10 Evo membawakan rekaan berasaskan logam sepenuhnya, dan menjadi titik tambah untuk peranti ini adalah sokongan kalis air IP57. Disamping itu, peranti ini juga tidak menyertakan sokongan bicu audio.

HTC 10 Evo

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5.5-inci Super LCD 3 dengan paparan Quad HD, dilengkapi cip Snapdragon 810, memori 3GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. HTC 10 Evo menggunakan kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan OIS dan PDAF.

Peranti ini juga menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat dengan antaramuka HTC Sense. Walaupun tiada bicu audio, pihak HTC menekankan mengenai kualiti audio yang ditawarkan adalah tinggi melalui penggunaan USB-C. HTC menamakan perkara ini sebagai HTC BoomSound Adaptive Audio.

Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan telefon pintar ini sekiranya ia dipasarkan di Malaysia?

Komen