Penstriman 4K Netflix Akhirnya Disokong Menerusi PC

Penstriman 4K Netflix Akhirnya Disokong Menerusi PC

Diterbitkan pada November 22, 2016 oleh .

Penstriman 4K untuk Netflix telah lama disokong aplikasi dan juga pada konsol seperti PlayStation 4. Tetapi aneh sekali sokongan pada pengguna PC tidak wujud untuk sekalian lama. Microsoft hari ini mengumumkan sokongan akhirnya diberikan dengan beberapa spesifikasi PC yang perlu dipenuhi.

netflix-20161122_174242

Pertama sekali pengguna perlu menggunakan Windows 10, pelayar web Microsoft Edge, skrin 4K dan akhir sekali pemproses Intel dari keluarga Kaby Lake. Tidak diketahui mengapakah sokongan ini tidak diberikan kepada kesemua pengguna Windows. Sekiranya anda mempunyai PC yang memenuhi spesifikasi di atas ini ialah berita yang baik untuk anda.


TIPS & ULASAN