Vivo Melancarkan Telefon Memfokuskan Selfie, Vivo V5 Di Malaysia – Hadir Dengan Kamera Depan 20MP

Vivo Melancarkan Telefon Memfokuskan Selfie, Vivo V5 Di Malaysia – Hadir Dengan Kamera Depan 20MP

Diterbitkan pada November 22, 2016 oleh .

Bagi para peminat selfie, kini Vivo Malaysia telah pun melancarkan telefon pintar terkini mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo V5. Bersama-sama dengan fokus terhadap selfie, Vivo turut mengumumkan duta untuk produk ini, iaitu Siti Nurhaliza.

Vivo mengatakan jenama mereka mula diterima ramai oleh pengguna tempatan, dan kini mempunyai pegangan pasaran sekitar 10%. Kami kurang pasti berkenaan data yang digunakan oleh Vivo untuk perkongsian ini. Namun, menjadi fokus utama ketika pelancaran Vivo V5 ini adalah telefon pintar mereka, Vivo V5.

Vivo V5

Dari segi spesifikasi, Vivo V5 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD (1280×720 pixel), dijana menggunakan cip MediaTek MT6750, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, dan juga bateri berkapasiti 3000mAh. Vivo dengan fokus terhadap audio, turut menyertakan sokongan HiFi pada peranti mereka ini.

Vivo V5

Untuk rakaman kamera, Vivo V5 yang memfokuskan selfie ini menawarkan kamera hadapan 20-megapixel yang turut hadir dengan sokongan pencahayaan yang Vivo panggil sebagai softlight. Untuk kamera utama, ia menggunakan kamera 13-megapixel dengan lampu LED.

Di Malaysia, Vivo V5 akan dijual bermula 26 November 2016 ini pada harga RM1299. Vivo turut mengatakan pelancaran Vivo V5 Plus akan menyusul selepas peranti ini.

vivo-v5-img_6615


TIPS & ULASAN