Sir Jony Ive Dilaporkan Tidak Lagi Terlibat Dalam Rekaan Produk Baru Di Apple

Sir Jony Ive Dilaporkan Tidak Lagi Terlibat Dalam Rekaan Produk Baru Di Apple

Diterbitkan pada November 22, 2016 oleh .

Sir Jony Ive ialah ikon di dalam dunia rekaan produk. Kerjasama beliau bersama Steve Jobs menghasilkan iPad, iPhone dan iMac yang kemudian menjadi ikutan pengeluar lain. Malahan gelaran Sir yang diterima beliau pada tahun 2011 ialah kerana sumbangan beliau kepada dunia rekaan. Beliau kini dilaporkan tidak lagi terlibat dari rekaan produk-produk baru Apple.

Buku Apple

Sebaliknya beliau menumpukan perhatian kepada senibina dan rekaan Apple Store. Rekaan dalaman kampus Apple yang berbentuk UFO serta Apple Store kesemuanya di bawah bidang kuasa beliau. Malahan buku Designed by Apple In California berharga RM1300 yang dilancarkan tempohari dianggap sebagai hadiah persaraan beliau dari dunia rekaan produk. Buku ni dipenuhi pelbagai produk yang menerima sentuhan Sir Jony sejak 20 tahun yang lalu. Beliau semakin jarang menghadiri acara pelancaran produk baru.

Persaraan beliau mungkin tiba tepat pada masanya. Rekaan iPhone yang ikonik kini dianggap agak bosan kerana perubahan yang sedikit dengan setiap generasi. Idea baru dari pereka baru amat diperlukan bagi memberikan nafas baru kepada rekaan industri produk-produk Apple di masa hadapan.


TIPS & ULASAN