Bersempena dengan ulang-tahun ke-30 pada 2016 ini, pihak Ubisoft telah mula menawarkan satu permainan percuma setiap bulan. Untuk bulan November 2016 ini, mereka menawarkan permainan Farcry 3 Blood Dragon secara percuma untuk semua pengguna.
Farcry 3 Blood Dragon membawakan permainan tembak-menembak pandangan pertama, tetapi dengan sedikit ciri-ciri lucu. Disamping itu, ia juga menggunakan rekaan retro seakan 80-an pada permainan berkenaan. Farcry 3 Blood Dragon telah dilancarkan pada 2013 yang lepas.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun dan menambah koleksi permainan di komputer anda hari ini. Sebelum memuat-turunnya, anda akan diperlukan untuk mendaftar akaun Ubi.com terlebih dahulu.
- Muat-Turun Farcry 3 Blood Dragon