Facebook Menguji Fungsi Yang Membolehkan Anda Menemui Lokasi Dengan WiFi Percuma

Facebook Menguji Fungsi Yang Membolehkan Anda Menemui Lokasi Dengan WiFi Percuma

Diterbitkan pada November 22, 2016 oleh .

Facebook dalam usaha mengekalkan posisi mereka sebagai laman sosial utama, mereka sering bereksperimen dengan pelbagai perkara baru. Terkini, Facebook dilihat sedang menguji sebuah fungsi baru yang memudahkan anda menemui WiFi percuma yang berdekatan dengan anda.

Melaluinya, pengguna perlu mengaktifkan sokongan geolokasi pada telefon, dan ia akan memaparkan lokasi-lokasi berdekatan yang menawarkan WiFi percuma untuk pengguna.

Facebook WiFi

Fungsi ini mungkin berguna bagi anda yang ingin melakukan tugasan dan mencari tempat berhampiran yang menawarkan WiFi percuma untuk mengakses internet. Kebiasaannya, kebanyakkan kafe di Malaysia menawarkan akses internet percuma.

Daripada apa yang dilihat, Facebook menguji fungsi ini secara terhad dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperkenalkan secara meluas pada peringkat global ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN