Dianggarkan Terdapat Sekitar 60,000 Pemandu Uber Dan Grab Di Malaysia

Dianggarkan Terdapat Sekitar 60,000 Pemandu Uber Dan Grab Di Malaysia

Diterbitkan pada November 22, 2016 oleh .

Uber dan Grab kini telah menjadi salah satu mod pengangkutan yang menjadi pilihan ramai pengguna – terutamanya di bandar-bandar utama kerana kosnya yang lebih rendah jikalau dibandingkan dengan pengangkutan awam ataupun berbanding kos parkir dan minyak.

Kini, berkongsi di Parlimen, ia dikatakan terdapat sekitar 50,000 ke 60,000 individu berdaftar sebagai pemandu perkhidmatan untuk Uber dan Grab di seluruh negara sehingga kini. Daripada jumlah berkenaan, sekitar 20% pemandu dikatakan aktif, sementara selebihnya melakukan tugasan berkenaan sebagai pekerjaan dan pendapatan sampingan.

Kerajaan sendiri melalui Belanjawan 2017 lepas telah memberikan sokongan terhadap perkhidmatan berkenaan, dan mengalakkan rakyat menyertainya untuk menjana pendapatan tambahan – dan tidak mustahil kita melihat pemandu Grab dan Uber terus meningkat dengan drastik pada tahun 2017 kelak.


TIPS & ULASAN