Sejumlah Pengguna MacBook Pro Baru Melaporkan Masalah Sokongan Gestur Menggunakan Trackpad
November 23, 2016
Aman
MacBook Pro baru telah pun dijual di beberapa buah negara, dan kini beberapa pembeli mengatakan yang mana sokongan gestur menggunakan tiga jari pada trackpad MacBook Pro berfungsi tanpa konsisten.

Ada yang mengatakan ia berfungsi untuk seketika, tetapi mempunyai masalah kadang-kala. Beberapa spekulasi mengatakan ia mungkin disebabkan oleh teknologi palm rejection. Kedua-dua model 13-inci dan 15-inci dikatakan terkesan dengan masalah ini.
Pihak Apple masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan masalah ini buat masa ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.