Piawaian Kad Mikro-SD Yang Dioptimasikan Untuk Penggunaan Aplikasi Diperkenalkan

Piawaian Kad Mikro-SD Yang Dioptimasikan Untuk Penggunaan Aplikasi Diperkenalkan

Diterbitkan pada November 23, 2016 oleh .

Sejak daripada Android 6.0 Marshmallow, salah satu fungsi yang hadir bersama sistem operasi berkenaan adalah sokongan Adaptable Storage yang membolehkan pengguna mengabungkan storan dari mikro-SD bersama storan dalam menjadi satu. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna secara tidak langsung memasang aplikasi pada kad mikro-SD.

Walaubagaimanapun, fungsi ini tidak disokong oleh semua peranti Android, dan satu lagi adalah kad mikro-SD sedia ada adalah agak perlahan dan mungkin tidak menawarkan prestasi baik ketika pengguna menjalankan aplikasi daripadanya.

Untuk mengatasinya, kini SD Association melalui piawaian SD Specification 5.1 mengumumkan pengenalan piawaian App Performance Class 1 untuk kad mikro-SD. Melaluinya, ia akan menawarkan sokongan pembacaan IOPS sehingga 1500, dan penulisan IOPS sehingga 500.

Kad mikro-SD dengan sokongan ini juga akan menyertakan sebuah logo baru yang ditandakan sebagai A1, selain peranti baru yang menyokong piawaian ini turut akan menyertakan logo A1 pada kotak peranti berkenaan.

Seperti kad mikro-SD biasa, ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, tetapi pada masa yang sama turut dioptimasikan untuk menjalankan aplikasi tanpa masalah.

Kita mungkin akan melihat kad mikro-SD A1 ini di pasaran tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN