Telegram Messenger Memperkenalkan Platform Penulisan Tersendiri Dinamakan Telegraph

Telegram Messenger Memperkenalkan Platform Penulisan Tersendiri Dinamakan Telegraph

Diterbitkan pada November 23, 2016 oleh .

Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang hadir dengan pelbagai fungsi menarik terbina pada aplikasi mereka. Hari ini, mereka melancarkan salah satu platform penulisan dinamakan sebagai Telegraph – sekaligus bersaing dengan beberapa perkhidmatan lain seperti Medium dan Quip.

Melalui Telegraph, pengguna boleh berkongsi penulisan panjang mereka yang mungkin tidak begitu sesuai dilakukan pada Telegram Messenger. Apa yang menariknya mengenai Telegraph adalah berbeza dengan beberapa perkhidmatan penulisan lain, ia tidak memerlukan anda mendaftar sebarang akaun.

Sebaik sahaja ke laman Telegraph, pengguna boleh terus menaip dan menerbitkan ia untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain. Seperti pelbagai platform penulisan lain, pengguna boleh menintegrasikan video, menambah gambar, menyertakan pautan dan sebagainya.

Pengenalan Telegraph ini mungkin boleh membantu beberapa saluran dalam Telegram Messenger untuk berkongsi info atau artikel panjang – yang mana mungkin sukar untuk ditaip menggunakan aplikasi berkenaan.

Telegram Instant View

Bersama-sama pengenalan Telegraph, pihak Telegram Messenger turut mengumumkan sokongan Instant View yang membolehkan pengguna membuka sesuatu pautan yang dikongsikan dengan lebih pantas – lebih kurang seperti Instant Articles pada Facebook.

Layari : Telegraph


TIPS & ULASAN