HTC Hadir Dengan Satu Lagi Peranti Berspesifikasi Pertengahan, HTC Desire 650
HTC

HTC Hadir Dengan Satu Lagi Peranti Berspesifikasi Pertengahan, HTC Desire 650

Diterbitkan pada November 23, 2016 oleh .

HTC Desire merupakan keluarga peranti yang hadir dengan spesifikasi pertengahan atau rendah – tetapi pada masa yang sama mengintegrasikan beberapa ciri-ciri popular HTC. Paling terkini, HTC dilihat secara senyap telah memperkenalkan HTC Desire 650.

HTC Desire 650

HTC Desire 650 menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD (720p), menggunakan cip Snapdragon, dan memori 2GB RAM. Peranti ini menyertakan ruangan storan 16GB dan boleh diperluaskan sehingga 2TB menggunakan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, HTC Desire 650 menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel. Peranti ini turut menyertakan sokongan BoomSound apabila digunakan bersama fon telinga.

Dari segi rekaan, HTC Desire 650 menggunakan bahagian kerangka belakang yang sedikit bercorak – memberikan cengkaman yang lebih baik ketika dipegang. Ini mungkin menjadikan peranti ini sesuai untuk mereka yang sering menggunakan peranti ketika bergerak atau berjalan.

Buat masa ini, ia dilihat ditawarkan di Taiwan sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada bakal dipasarkan di negara lain ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN