Syarikat Dari China Mengambil-Alih SkyScanner Pada Nilai Mencapai RM7.66 Bilion

Syarikat Dari China Mengambil-Alih SkyScanner Pada Nilai Mencapai RM7.66 Bilion

Diterbitkan pada November 24, 2016 oleh .

SkyScanner merupakan salah satu perkhidmatan carian tiket kapal terbang yang memudahkan pengguna membuat perbandingan dan mendapatkan harga yang rendah. Ia digunakan secara meluas oleh ramai pengguna seluruh dunia yang ingin pergi bercuti ke luar negara. Terkini, hari ini, ia diumumkan syarikat SkyScanner telah pun diambil-alih oleh syarikat dari China, iaitu Ctrip.

Ctrip.com merupakan salah satu syarikat pelancongan terbesar di China. Dengan pengambil-alihan SkyScanner, ia sekaligus menambah portfolio mereka dalam memudahkan proses tempahan penerbangan, hotel dan juga kenderaan sewa.

Untuk makluman, sebelum pengambil-alihan ini, SkyScanner mempunyai beberapa pelabur, termasuk salah satunya adalah Khazanah Nasional Berhad.

Walaupun diambil-alih oleh Ctrip, SkyScanner masih akan terus beroperasi secara berasingan dan bebas.


TIPS & ULASAN