Carian
Malwarebytes Memperkenalkan Perisian Khusus Untuk Mengatasi Ransomware Telecrypt
November 24, 2016 Aman

Malwarebytes merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena perisian sekuriti, terutamanya memfokuskan kepada malware. Terkini, mereka hadir dengan sebuah perisian khusus untuk mengatasi ransomware yang dinamakan sebagai Telecrypt.

Ransomware merupakan salah satu perisian yang bersifat membuatkan fail anda dalam komputer dijadikan “tebusan”, dan anda perlu membuat pembayaran atau sebagainya untuk mengakses dokumen atau fail sedia ada anda.

Sekiranya komputer anda terjangkit, anda tidak boleh membuka fail-fail berkenaan kerana ia melalui penyulitan khusus. Terkini, salah satu ransomware yang turut tersebar di arena internet melalui emel, muat-turun dan sebagainya adalah Telecrypt.

Telecrypt

Fail yang dijangkiti dengan Telecrypt ini tidak boleh dibuka, dan apabila dibuka ia akan menjalankan sebuah program khusus. Malah sebuah fail teks akan ditambah pada bahagian desktop memperlihatkan fail dan dokumen yang terjejas.

Untuk menggunakan Malwarebytes Telecrypt Detector, pengguna perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu fail yang dijangkiti dalam keadaan baik. Perkara ini mungkin boleh didapati daripada dokumen yang sedia anda membuat salinan di emel aatau storan awan. Perisian ini kemudian akan membandingkan dan mengatasi penyulitan berkenaan, sekaligus membebaskan pelbagai dokumen anda daripada masalah ransomeware Telecrypt ini.

Komen