Carian
(Ura-Ura) iPhone 8 Menggunakan Rekaan Kerangka Kaca Untuk Menyokong Pengecasan Tanpa-Wayar
November 24, 2016 Aman

Apple memperkenalkan iPhone generasi baru sekitar setiap bulan September, dan untuk tahun 2017 kelak, mereka dijangka melakukan perkara sama tetapi pada masa sama menawarkan pelbagai fungsi baru bersempena dengan ulang-tahun ke-10 sejak pengenalan iPhone.

Terkini, selari dengan beberapa desas-desus sebelum ini, Apple dikatakan akan menyertakan sokongan pengecasan tanpa-wayar melalui iPhone 8 kelak. Untuk menjayakan perkara ini, Apple mungkin berubah daripada rekaan kerangka berasaskan logam pada masa kini, dan kembali menggunakan kerangka berasaskan kaca.

Mengikut beberapa penganalisa, Apple mungkin menyertakan pengecasan tanpa-wayar ini pada beberapa model iPhone. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Apple mungkin hadir dengan tiga model iPhone – dimana salah satunya akan diperkenalkan dengan skrin OLED.

Komen