Cari @ Amanz

Cortana merupakan salah satu pembantu digital daripada Microsoft yang hadir pada peranti Windows 10, selain turut ditawarkan sebagai aplikasi berasingan untuk beberapa peranti yang perlu dimuat-turun secara berasingan. Kini, Xiaomi dilihat melalui Xiaomi Mi Mix menyertakan sokongan Cortana secara terbina padanya.

Xiaomi Mi Mix

Untuk makluman, Xiaomi dan Microsoft sedia bekerjasama sebelum ini – termasuk menawarkan ROM khusus untuk Windows Phone pada peranti Xiaomi, selain turut menawarkan tablet dan komputer riba menjalankan Windows 10.

Pada peranti Android pula, Xiaomi sedia menyertakan perisian pejabat Microsoft, dan terkini mereka memperluaskannya dengan integrasi Cortana. Integrasi ini dilihat bermula daripada Mi Mix.

Bagi pengguna tempatan, Cortana masih belum diaktifkan untuk pasaran Malaysia secara rasminya. Apatah lagi, Mi Mix sendiri tidak akan dilancarkan di Malaysia atau pasaran luar China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd